Lionel Messi

MADRID – La Liga Sepanyol tidak bersedia untuk membatalkan pendaftaran Lionel Messi sebagai pemain liga dan melepaskannya mencari kelab baharu.

Ini kerana La Liga mendakwa Messi tidak boleh sewenang-wenangnya menuntut membatalkan kontraknya kerana pemain itu masih terikat dengan klausa pelepasan.

La Liga juga menegaskan Messi mempunyai nilai klausa pelepasan berjumlah £624 juta bersama Barcelona.

Walaupun Messi, 33, memaklumkan kepada Bercelona pada Selasa lalu mengenai hasratnya meninggalkan Nou Camp, ia bukan semudah yang disangkakan.

Messi juga tidak menghadiri sesi ujian perubatan pra musim kendalian kelabnya semalam dan ini mengukuhkan lagi desas desus pemain itu mahu meninggalkan kelab tersebut.

Bintang Argentina itu merancang untuk membatalkan kontraknya supaya dapat meninggalkan Nou Camp secara percuma namun Barcelona mempersoalkan bahawa tarikh akhirnya sudah luput dan tidak digunapakai.

Peguam Messi mahu menggunakan kluasa dalam empat tahun kontrak yang ditandatangani pada 2017 yang membenarkan Messi meninggalkan klab secara percuma jika dia mengemukakan permohonan sebelum 10 Jun lalu.

La Liga kini mendakwa tarikh berkenaan yang berakhir pada akhir musim lalu kini tidak lagi relevan untuk digunapakai disebabkan pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast