Havertz sudah menyertai Chelsea dengan mengikat kontrak lima tahun di Stamford Bridge.

BERLIN – Pengurus Bayer, Leverkusen Peter Bosz tidak menjangka pemainnya Kai Havertz kembali ke sesi latihan pasukan menjelang musim baharu Bundesliga Jerman 2020/21.

Beliau mengesahkan pemain muda berbakat itu dalam proses menyertai kelab England Chelsea.

Frank Lampard selaku jurulatih the Blues sudah menggandakan usaha untuk memuktamadkan kontrak bersama pemain itu.

Setakat ini Chelsea berjaya menandatangani empat pemain baharu bagi menghadapi musim EPL tahun ini iaitu Timo Werner, Hakim Ziyech, Ben Chilwell dan Thiago Silva.

Havertz difahamkan telah bersetuju kontrak lima tahun untuk berpindah ke Stamford Bridge awal September ini.

Chelsea dilaporkan akan membayar yuran berjumlah £72 juta dan £ 18 juta trambahan dalam bentuk bonus kepada pemain berusia 21 tahun itu.

Ketidakhadiran Havertz untuk ujian kecergasan pra musim Leverkusen semalam menambah spekulasi penghijrahan pemain itu ke kelab London itu.- MalaysiaGazette