TERKINI : PN Tiada Masa Untuk ‘Bulan Madu’ – Muhyiddin

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai masa untuk ‘berbulan madu’ setelah diberi amanah mentadbir negara sejak Mac lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaik sahaja kerajaan PN dibentuk, ia terus berfungsi sebagai kerajaan yang bekerja siang dan malam untuk membela rakyat.