Gambar yang dikongsi Lim Guan Eng di laman Facebook.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan double standard apabila meletakkan halangan untuk beliau memasuki Sabah.

Ahli Parlimen Bagan itu merujuk insiden di Lapangan Terbang Kota Kinabalu malam tadi di mana beliau telah didatangi oleh seorang pegawai Imigresen yang memintanya masuk semula ke pejabat selepas diberikan pas lawatan sosial pada pukul 11.54 malam.

Katanya, beliau telah memberikan kerjasama dan menunggu selama 20 minit serta bertanyakan kepada pihak Imigresen apa sebenarnya yang berlaku.

“Selepas menunggu 20 minit, saya tanya apa masalahnya? Mereka mendakwa bahawa SPRM telah meletakkan halangan untuk saya masuk ke Sabah. Ape ni? Bukankah ini kuasa kerajaan negeri Sabah?” kata Guan Eng dalam hantaran di laman Facebook pagi ini.

Bekas Menteri Kewangan itu hairan mengapa beliau dihalang masuk ke Sabah sedangkan pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta dengan RM210 juta boleh masuk tanpa masalah.

Beliau turut merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan kes tetapi dibenarkan masuk ke negeri di bawah bayu itu.

“Mengapa saya dihalang masuk ke Sabah? Ini lagi satu kes antara dua darjat, double standard kah?” soalnya lag.

Beliau berkata, kuasa untuk membenarkan mana-mana rakyat masuk ke Sabah adalah di bawah kerajaan negeri dan bukan kerajaan Pusat sambil mempersoalkan adakah tindakan SPRM itu satu lagi usaha campur tangan Pusat terhadap hak dan kuasa negeri.

Bagaimanapun, katanya, selepas  selepas setengah jam beliau  dibenarkan masuk semula ke Sabah.

“Takpe lah, nanti saya akan tanya Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, adakah beliau tak mau saya masuk Sabah?” katanya.

Artikel berkaitan: Saya tidak bersalah – Lim Guan Eng

Pada 7 Ogos lalu guan Eng  mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meminta suapan 10 peratus projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Suapan itu didakwa telah diminta oleh Guan Eng sendiri daripada Pengarah Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (KZCSB), Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

1 Komen

Comments are closed.