Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bergambar selepas sidang media mengenai kes atas tuduhan projek terowong bawah tanah Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion di Pusat Khidmat, Bagan, Pulau Pinang. foto MOHD ADZLAN, 10 OGOS 2020.

BUTTERWORTH – Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan dirinya tidak bersalah atas tuduhan meminta suapan RM3.3 juta dalam projek terowong dasar laut.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tampak begitu jelas semua tuduhan di mahkamah itu tidak lebih daripada bermotifkan politik semata-mata.

Dengan wajah serius namun tersusun kata-katanya di hadapan pemberita di Pusat Khidmat Parlimen Bagan, kata Guan Eng beliau akan lawan habis-habisan.

“Saya sekali lagi didakwa satu lagi tuduhan, Jumaat lepas saya dituduh meminta keuntungan 10 peratus tanpa menyatakan satu jumlah khusus.

“Hari ini saya dituduh dengan satu jumlah iaitu RM3.3juta. Ini jelas satu tuuduhan tidak berasas. Saya rasa ianya juga bermotif politik.

“Ini kerana saya tidak terima wang tersebut dan SPRM tidak pernah minta saya tunjuk bukti kepada saya bahawa mereka (SPRM) ada kesan wang tersebut dalam akuan bank saya.

“Atau jumlah wang tunai RM3.3 juta di miliki oleh saya. Ini tidak pernah ditanyakan oleh SPRM kepada saya. Malah saya sendiri tanya SPRM mengapa tidak tanya soalan ini kepada saya,” katanya sebentar tadi.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan turut menyoal SPRM bagaimanakah tuduhan seperti itu dilontarkan ke atasnya tanpa sebarang asas serta bukti kukuh.

“Jika tidak ada wang ini dalam pemilikan saya jadinya mana ada rasuah? Tidak ada juga keterangan ada wang itu dalam akaun bank saya atau kesan wang itu dalam pemilikan saya.

“Jadinya ini bukanlah satu tuduhan berasas yang saya akan lawan untuk di buktikan di mahkamah saya tidak bersalah.

“Saya tidak bersalah.

“Lepas ini sesiapa juga boleh kena seperti ini, tanpa perlu tunjuk bahawa bank anda ada puluhan juta ringgit atau ratusan juta. Ini memang sesuatu tidak berasas,” tegasnya.

Hari ini, Guan Eng dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3.3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Guan Eng bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Jumaat lepas, Guan Eng turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu syarikat sama dilantik untuk melaksanakan projek sama dan beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang mencetuskan kontroversi itu bakal menghubungkan pulau ini dari Persiaran Gurney dengan tanah besar di Bagan Ajam dengan anggaran kos RM6.3 bilion dan ia dijangka bermula pada 2023. -MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Tak bersalah. Dia ingat senua orang bodoh untuk percaya. Sda juga melayu bodoh yanh percaya danbukan main bela lagi. Berapa banyak dia kongfi dengan korxng eh.

  2. Takdak dalam akau tak salah lah ye… Jadi pakai proxy boleh lah asal jangan masuk akaun…. Apa punya bangang… Definition rasuah termasuk memintalah….jangan tipu rakyat… Perbuatan meminta atau berunding bayaran rasuah adalah termasuk kategori rasuah. Bang ko memang bijak pakai proxy

  3. projek kondo mewah syarikat terowong, 8 hari saja sudah lulus..banyak masyuk kaaa?? Sudah 7 tahun telowong taaa daaaaa?? Duit sudah joli katak kah? haaaa Medey tak mau back up kah?? anak Medey banyak duit billionaire maaa ..kih3

  4. lge..
    Gua nak bagibtau sam lu,
    rasuah ni bukan saja dari segi sogokan duit je lge oiii…

    ….kontraktor “belanja” g karaoke pun kire rasuah gak!!!

    …tak abis2 lu nak spin!!

    Lu ingat SPRM bapak lu punya!

    Masa zaman ph jadi kerajaan, kes lu belum apa2 lagi ag tomas dah kasi free out sama lu. Itu tak kira bermotifkan politik ke????

    Lu pandai spin2 cerita. Masa org lain kena lu kata, itu semue rule of law! Tapi bila lu kena…lu kata ni bermotifkan politik!!! Adihhhhhh….lu betui2 guna tektik komunis la lge!!!

  5. Tak nak buat sumpah laknat ka. Tokong mana paling kuat ha. Tak boleh sebut lillahi wallahi tu untuk orang islam. Orang cina. Tolonglah latuk. Hai ya

Comments are closed.