TERKINI : Anak Samy Vellu Angkat Sumpah Senator Dewan Negara

Datuk Seri S Vell Paari yang baru mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator Dewan Negara hari ini berikrar untuk terus memperjuangkan hak komuniti kaum India di negara ini.

Anak lelaki kepada Tun S Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari berkata beliau bertekad merangka perancangan memastikan kaum itu turut mendapat peluang yang sama dalam semua sektor.

“Saya berhasrat untuk memperkasakan lagi komuniti India supaya turut diberi peluang sama rata dalam semua sektor seperti kaum lain,” katanya pada sidang akhabr di Parlimen di sini hari ini.