Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar di Kuala Lumpur malam ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Pernikahannya diadakan di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara malam ini.

Majlis pernikahan Mira dan Emir disiarkan secara langsung melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit.

Wan Emir Astar merupakan anak kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Yazid.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka sepatutnya diadakan bulan depan namun diawalkan kerana Covid-19.

Resepsi akan diadakan esok dan lusa.

Mereka dikatakan akan berbulan madu di Langkawi.- MalaysiaGazette