Laluan ECRL mungkin kembali ke Bentong.

PETALING JAYA – Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsipnya untuk mengubah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada “laluan asal” yang dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

SInchew Daily melaporkan, keadaan itu bermaksud ECRL kini akan melalui Gombak dan Bentong selepas ahli Kabinet bersetuju untuk menggunakan laluan yang dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)lu

“Keputusan ini dibuat selepas mempertimbangkan kesan ekonomi yang lebih besar.

“Mengenai soal kos pembinaan pula, ia perlu dibincangkan secara lebih lanjut dengan China Communications Construction Company,” kata sumber kepada akhbar itu.

Kata sumber lagi, Kerajaan Persekutuan juga perlu menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri Selangor memandangkan “laluan BN” membabitkan penggunaan tanah hutan simpanan di negeri tersebut.

“Kerajaan akan melakukan perubahan pada jajaran tertentu untuk meminimumkan impak terhadap alam sekitar termasuk melindungi tapak warisan Rabung Kuarza Genting Klang,” katanya.

Jelas sumber, perubahan jajaran ECRL tidak akan menjejaskan kepentingan pihak Malaysia dan juga pelabur China.

Kepentingan mereka tidak terjejas kerana kerja pembinaan “laluan PH” membabitkan Mentakab dan Pelabuhan Klang  belum dimulakan, walaupun pelan pembinaannya telah didraf.

“Untuk ‘laluan Bentong’ pula, kerja penggalian terowong sebenarnya telahpun dimulakan, tetapi kerajaan PH masih mahu membatalkan laluan ini,” kata sumber.

Tambahnya, walaupun kos keseluruhan ECRL dijangka mengalami sedikit kenaikan, tetapi ia juga menawarkan lebih banyak projek.

“Kerajaan akan menggunakan teknologi pembinaan China dan akan terus berunding dengan pihak China mengenai kos yang diperlukan.

“Kami percaya kosnya tidak akan menjadi lebih tinggi kerana sesetengah projek akan dikurangkan, ini termasuk membatalkan cadangan PH untuk mengubah lokomotif yang akan digunakan.

“Pembinaan juga akan diubah, sesetengah  terowong dan jambatan yang mahu dibina akan diubah,” katanya.

Menurutnya, kerajaan dijangka menyelesaikan proses rundingan dalam sebulan dua supaya kerja pembinaan dapat disiapkan secepat mungkin. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. orang negeri sembilan boleh protes dengan undi akan datang. kalau tak setuju. kerajaan negeri sembilan telan merancang kemajuan dengan ecrl yang dilakarkan oleh ph. kerana dengki umno lakaran itu dibatalkan. orang negori boleh buat keputusan. nak undi umno atau ph.

Comments are closed.