Lionel Messi

MADRID – Ini Drama kejam, saya terpaksa kekal di kelab ini”.

Lionel Messi akhirnya menyerah kalah kepada La Liga dan Barcelona dalam usaha untuk meninggalkan Nou Camp dan menyertai Manchester City.

Bintang bola sepak yang pernah diangkat sebagai pemain terbaik dunia sebanyak enam kali itu akhirnya mengesahkan dia tidak akan meninggalkan kelabnya.

Ia sekaligus meletakkan tanda nokhta kepada segala drama yang tercetus antara pemain itu dan kelab La Liga Sepanyol tersebut.

Pemain Argentina berusia 33 tahun itu mengesahkan dia akan kekal semusim lagi bersama the Catalans kerana tidak mahu bermusuh dan bertelagah di mahkamah dengan kelabnya itu.

Keputusan membuat pusingan U secara mengejut oleh Messi untuk kekal bersama pasukannya pada petang Jumaat walaupun dia mengkritik presiden Barcelona, Josep Bartomeu.

Kapten berusia 33 tahun itu mengumumkan dia terpaksa melupakan hasrat berpindah dalam satu siri wawancara eksklusif.

Messi mendakwa apabila dia meluahkan hasrat meninggalkan kelab kepada isteri dan anaknya, keadaan bertukar menjadi drama kejam.

“Seluruh ahli keluarga saya mula menangis, anak saya tidak mahu meninggalkan Barcelona mahupun tidak bersedia bertukarv sekolah.

“Namun saya melihat ke hadapan dan saya mahu bersaing di peringkat tertinggi, menang gelaran, bersaing di Liga Juara-Juara Eropah.

“Sekurang-kurangnya bersaing untuk itu dan janganlah kita berpecah di Rome, Liverpool dan Lisbon. Kesemua perkara ini mendorong saya memikirkan keputusan sedemikian,”katanya.

Messi juga mengaku dia tidak pernah berniat untuk bermusuh dengan kelab atau mengheretnya ke mahkamah untuk meninggalkan kelab tersebut.

“Saya tidak pernah berhajat menentang kelab dengan kehakiman kerana inilah kelab yang memberikan kehidupan dan segala-galanya daripada usia 13 tahun sehingga kini.

“Saya sayang dan setia dengan kelab ini dan saya telah mencurahkan segalanya untuk kelab ini dan di sinilah hidup saya sehingga akhir karier,” katanya.

Ayah Messi, Jorge mengeluarkan mengulangi tuntutannya bahawa anaknya tidak mempunyai klausa pelepasan bernilai €700 juta euro seperti didakwa kelab itu.

Dia memberitahu pengurusan tertinggi La Liga Sepanyol bahawa penetapan klausa pelepasan bernilai €700m euro (£624 juta) dalam kontrak adalah tidak sah.

Jorge dalam kenyataannya memberitahu bahawa klausa pelepasan anaknya tamat pada akhir musim La Liga 2019/2020 yang baru berakhir Ogos lalu tidak akan digunapakai apabila resolusi unilateral kontrak berkenaan mula berkuatkuasa selepas akhir kempen.

Bagaimanapun, La Liga membalas reaksi Jorge dengan menegaskan bahawa perkara yang dibangkitkan itu tidak berkuatkuasa dan mewajarkan Barcelona berhak menuntut €700 juta daripada sesiapa yang ingin membeli kapten the Catalans.

La Liga dalam kenyataan mendakwa: “La Liga telah membalas mesej yang diterima daripada wakil Lionel Messi.

“Sebagai membalas respon mereka, La Liga mengambil maklum bahawa penafsiran serta penterjemahan mereka mengenai klausa kontrak pemain itu adalah di luar konteks dan telah dikeluarkan. La Liga sekali lagi mengulangi pendirian asal kami menerusi kenyataan bertarikh 30 Ogos lalu,” kata La Liga.

Dalam surat yang dihantar semalam ayah Messi berpendapat kontrak anaknya tidak menentukan tarikh ketika pilihan untuk keluar mesti dilaksanakan, ia hanya perlu dilakukan pada akhir kempen.

Namun laporan terbaharu mendakwa Messi bercadang untuk kekal di Nou Camp, namun calon Presiden Barcelona, Victor Font percaya ia tidak mungkin berlaku.

“Ia agak pelik sebab dia sangat teguh dengan pendiriannya untuk tinggalkan kelab.

“Namun seperti saya jelaskan selalu, sehingga pertikaian ini selesai, sentiasa ada harapan, itulah senario Messi,” katanya.

Sejak berita Messi mahu meninggalkan kelabnya tular, Manchester City menjadi pilihan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak enam kali itu.

“Apa yang Messi mahukan sekarang adalah sangat jelas iaitu bersaing dan menang seberapa gelaran yang boleh,” kata Font kepada BBC Sport. – MalaysiaGazette

 

Messi kemuka permohonan tinggalkan Nou Camp

 

 

Messi ubah fikiran, kekal bersama Barcelona

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast