Pegawai dan anggota polis meninjau sebuah kilang yang telah disita selepas disyaki terlibat dengan insiden pencemaran Sungai Gong pada Demonstrasi aman roboh kilang pencemar sungai sumber Air Selangor di Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan undang-undang yang lebih berkesan termasuk penalti yang lebih berat kepada pelaku pencemaran air demi melindungi hak rakyat kepada air yang bersih.

Pencemaran air yang berulang sejak bertahun lalu seringkali mengakibatkan gangguan bekalan air memberikan pelbagai cabaran kepada rakyat di negara ini untuk mendapatkan bekalan air bersih terutamanya mereka yang tidak mampu untuk membeli air botol sementara menunggu bekalan air pulih.

Golongan rentan termasuk orang tua dan wanita mengandung menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan air yang diagihkan melalui lori tangki air bergerak terutamanya mereka yang tinggal di rumah pangsa tanpa lif.

, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, pihaknya maklum Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan terhadap kilang yang didakwa bertanggungjawab ke atas pencemaran di Sungai Selangor baru-baru ini tetapi pihaknya bimbang Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tidak dikuatkuasakan dengan baik bagi melindungi kesihatan awam dan alam sekitar.

”Pencemaran air yang berulang menunjukkan bahawa jurang besar undang-undang ini masih belum ditangani,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada tahun 2015, Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Malaysia telah menerima pakai 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang bertujuan untuk menambah baik kehidupan dan masa hadapan semua orang di seluruh dunia.

Matlamat 6 SDG adalah untuk memastikan bekalan air bersih dan sanitasi kepada semua dan dalam hal ini, Suhakam menekankan entiti perniagaan juga bertanggungjawab untuk menghormati dan melindungi hak asasi manusia dalam menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Oleh itu, Suhakam menyeru kerajaan agar memenuhi komitmen untuk memastikan akses kepada air yang bersih untuk rakyat melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang berkesan dan pada masa yang sama, kajian semula terhadap undang-undang dan dasar bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pelaku pencemaran air. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bila nk selesai ni? Bukan sekali atau 2 kali atau 3 kali kes pencemaran air dari kilang. Apa sebenar nya di sebalik kes ini? Betul kata rafidah ” malaysia ni tidak ada kerajaan ke?

Comments are closed.