Foto hiasan

KUALA LUMPUR- Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memberi jaminan bahawa kualiti air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikutan itu, Air Selangor menafikan mesej viral melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial berhubung isu kualiti air yang tidak selamat dan perlu dibiarkan selama sehari sebelum digunakan.

Malah, ia turut menolak kononnya bekalan air akan ditutup semula dan catuan akan dilakukan.

”Air Selangor meminta orang ramai tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan,” katanya di sini.

Dalam pada itu, setakat 6.30 petang tadi, sebanyak 811 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air telah pulih sepenuhnya manakala 481 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Secara keseluruhannya 62.7% daripada 1,292 kawasan telaj pilih sepenuhnya.- MalaysiaGazette