Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof (kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri Adnan (dua kiri) dan Pengerusi Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena (dua kanan) membuat gimik Pelancaran MyCar sebagai E-Hailing Rasmi Langkawi Great Sale 2020 di IOI City Mall, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 06 SEPTEMBER 2020.

PUTRAJAYA – MyCar kini merupakan e-Hailing rasmi bagi Langkawi Great Sale 2020 iaitu salah satu inisiatif lonjakan pelancongan domestik di kawasan itu.

Kempen promosi pelancongan ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi untuk terus menjenamakan pulau itu sebagai destinasi yang bersih, selamat dan lestari kepada para pelancong domestik.

Langkawi Great Sale 2020 ini merupakan kerjasama di antara Lembaga Pembangunan¬† Langkawi (LADA) bersama MyCar,¬† yang mana antara kelebihannya adalah tawaran kadar kadar rata dan kod promosi khas kepada pengguna perkhidmatan termasuklah khidmat ‘Pick Up and Drop Off Standee’ untuk memudahkan pengambilan penumpang di tempat tumpuan pelancong.

Pengerusi Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena ketika ditemui di majlis pelancaran kempen promosi berkenaan berkata, signifikan kerjasama yang dijalin dengan LADA kerana  Langkawi sebagai tempat bertapaknya syarikat perkhidmatan e-Hailing itu.

Bermula dengan 50 pemandu MyCar di Langkawi termasuk seluruh Kedah, kemudian syarikat berkenaan terus mengembangkan sayapnya di negeri-negeri lain.

Selain 50 kereta dan pemandu sebelum ini, Noor Sheena berkata, sebanyak 20 lagi pemandu MyCar ditambah untuk Great Langkawi Sale 2020 ini.

“Di sini memang based kita, kemudian baru berkembang ke negeri lain.

“Kita bersedia terus menanbah mengikut keperluan,” ujarnya.

Kempen promosi Langkawi Great Sale 2020 ini bermula pada September hingga 31 Disember 2020.-MalaysiaGazette