thiago alcantara

BERLIN – “Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata rasmi kepada mana-mana media kononnya mahu tinggalkan Bayern Munich”.

Pengakuan bintang kelab juara Liga Juara-Juara Eropah kempen 2019/20 itu sekaligus menghentikan sebarang spekulasi yang kuat mengaitkan pemain itu berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

Pendedahan itu juga menghancurkan impian Liverpool dan Manchester United yang berkeputusan untuk membeli pemain itu.

Pemain berusia 29 tahun yang kini bersama Sepanyol dalam aksi antarabangsa menolak dia pernah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Bundesliga Jerman itu.

Katanya, fokus dia kini sepenuhnya tertumpu kepada pasukan kebangsaan dan tidak berminat untuk menjawab atau membincangkan mengenai khabar angin.

“Saya tak pernah janji atau cakap mahu tinggalkan kelab.

“Hanya media yang meletakkan saya dalam kelab berbeza,” katanya.-MalaysiaGazette