Kylian Mbappe

PARIS – Kem Perancis yang sedang mengharungi kejohanan Liga Negara-Negara dikejutkan dengan berita penyerang sensasinya, Kylian Mbappe diuji positif Covid-19.

Lebih mencemaskan pemain itu dilihat memeluk dan bersentuhan dengan rakan sepasukan dalam kem latihan semalam.

Bintang itu menjadi pemain terbaharu Perancis dan Paris Saint-Germain (PSG) positif wabak yang menyerang dunia itu.

Mbappe, 21, berlatih dengan skuad Perancis semalam dalam suasana ceria dan dia sempat memeluk rakan sepasukan PSG, Presnel Kimpembe sebelum dilihat bersentuhan dengan pemain Lille, Jonathan Ikone.

Dia juga membuat regangan di tengah sekumpulan rakan sepasukan.

Mbappe kini telah meninggalkan skuad Perancis yang menyebabkan dia akan terlepas saingan Liga Negara-Negara berdepan Croatia.

Dia juga bakal terlepas kempen pembukaan PSG dalam Ligue 1 berdepan Lens dan Marseille.

Menurut kenyataan FFF, Kylian Mbappe tidak akan terbabit dalam perlawanan Perancis menentang Croatia malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast