Alexei Navalny. foto Agensi

WASHINGTON – Menteri-menteri Luar Negara G7 mengutuk sekeras-kerasnya ‘pengesahan keracunan’ terhadap pengkritik Kremlin, Alexei Navalny.

“Kami, Menteri Luar Negera G7 – Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah, bersatu dan tegas mengutuk keracunan yang disahkan ke atas Alexei Navalny,” kata kenyataan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Navalny, yang sedang dirawat di hospital Berlin, diterbangkan ke Jerman setelah jatuh sakit semasa dalam penerbangan domestik Rusia bulan lalu.

Jerman mendakwa Navalny diracun dengan agen saraf Novichok dalam usaha membunuhnya.

Namun, Rusia berkata, tidak ada bukti Navalny telah diracun.

Jerman dalam taklimat kepada G7, yang dipengerusikan Amerika Syarikat tahun ini memaklumkan Navalny “adalah mangsa serangan agen kimia kimia kumpulan ‘Novichok’.

Bahan kimia itu telah dibangunkan oleh Rusia,” kata kenyataan G7.

””Sebarang penggunaan senjata kimia, di mana saja, bila-bila masa, oleh sesiapa sahaja, dalam keadaan apa pun, tidak dapat diterima dan bertentangan dengan norma-norma antarabangsa yang melarang penggunaan senjata tersebut,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette