Mohd Imran Tamrin

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mengkaji semula akta dan menggubal undang-undang baharu berkaitan judi dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, permintaan tersebut dilakukan kerana modus operandi sendiket judi sudah berubah dan akta terbabit cuma tertumpu kepada judi tradisional dan tidak termasuk judi dalam talian.

“Sudah tiba masanya kerajaan dan Parlimen mengkaji Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan menggubal sebuah akta baru bagi menangani sendiket judi atas talian” katanya hari ini.

Menurut Imran, berikutan perubahan modus operandi itu terdapat kelompongan dalam akta tersebut.

Tambah beliau, akta itu perlu dikaji segera kerana aktiviti judi atas talian telah berleluasa dan beliau berharap tiada lagi pusat judi yang berlindung di bawah lesen pusat hiburan keluarga.

Sementara itu, Imran selaku peguam bersama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos  tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberikan keterangan kali ketiga berhubung kenyataan Jamal supaya siasatan dilakukan terhadap kekayaan bekas Ketua Polis Selanngor pada laman Facebooknya 19 Ogos lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ramai yang berterimakasih diatas kesungguhan anda dan Jamal dalam memerangi judi, banyak buah2 fikiran yang dilontarkan, teruskan usaha2 murni ini, semoga dirahmati Allah SWT.

    Mana YB2 yang lain? Adakah mereka play safe dan hanya menunggang kelantangan anda berdua?

Comments are closed.