Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya fokus menggalakkan urus niaga atas talian dengan memberi insentif bukan mengenakan caj, tegas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Oleh itu, katanya, Pergerakan Pemuda UMNO membantah cadangan itu.

Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, cadangan caj bagi urus niaga atas talian adalah amat tidak wajar di kala rakyat dihimpit kepayahan hidup akibat dampak Covid-19 yang masih belum berakhir.

Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

‘Katanya, perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – MalaysiaGazette

Cadangan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian dalam talian bawah RM1,000 – Zahidi

1 Komen

  1. Lu punya kepala boleh pakai la Latuk. Tak machiam itu timbalan menteli. Suda kasi kontrovesi, lagi mahu tunjuk pandai loh. Tetapi itu biasa laaa, satu tandan pisang aar.. musti ada 1 biji yang busuk juge. Kasi sack sahaje timbalan menteri yang jadi liabiliti kelajaan PN. Wa pun suka Abah punya kelajaan.

Comments are closed.