Dominic Lau Hoe Chai

TELUK INTAN – Keputusan Gerakan untuk menyertai Perikatan Nasional, sekali gus berputar balik daripada pendirian awal untuk menjadi “kuasa ketiga” adalah didorong oleh pertimbangan politik.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau telah mengesahkan bahawa partinya sudah mengemukakan permohonan untuk menyertai Perikatan Nasional dan beliau sendiri telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan politik semasa.

Beliau memberitahu Nanyang Siang Pau, kestabilan politik adalah penting untuk memulihkan ekonomi yang terkena tempias wabak COVID-19.

“Kerajaan Muhyiddin sedang melancarkan pakej rangsangan ekonomi secara proaktif.

“Sebagai sebuah parti yang bebas, kami pasti akan memberi sokongan penuh,” katanya.

Gerakan yang ditumpaskan sepenuhnya dalam Pilihan Raya 2018 telah keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menjadi “kuasa politik ketiga.”

Dalam pada itu, Dominic memberitahu, Gerakan akan bertanding di “kerusi-kerusi tradisi” termasuk di kerusi Parlimen Teluk Intan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar di Perak.

Teluk Intan dilihat sebagai “kerusi presiden” kerana pernah ditawan bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Bekas presiden parti telah memberi banyak sumbangan dan hasilnya adalah jelas kelihatan, Gerakan justeru perlu mengorak langkah baharu di Teluk Intan,” kata Dominic. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. sebagai rakyat marhain, aku cuma nasihat Muafakat nasional dan BN jangan sekali kali terima GERAKAN dlm blok anda… cina dah ada wakilnya iaitu MCA yg kita tahu musang berbulu ayam… jika GERAKAN masuk dah ada 2 ekor musang berbulu ayam… itu belum lagi campur sekor kucing berbulu hitam… bukan senang nak jaga 3 ekor binatang ini dalam satu kandang… fikir fikir…

  2. G jahanam la dgn parti gila kuasa ni..masa klh kau berambus bila dh naik kau nk msuk balik..baik terjun lombong jer la lahanat…

Comments are closed.