KUALA LUMPUR – Waktu operasi premis perniagaan di Kuala Lumpur ini dikekalkan sehingga jam 12 tengah malam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengumumkan perkara itu berkata, keputusan itu bagi memudahkan pemantauan dilakukan olehnya dan agensi-agensi lain.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan operasi premis perniagaan dilanjutkan hingga jam 2 pagi.

DBKL berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ke atas 7,200 buah premis di ibu negara.

Hasil pemantauan yang dijalankan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP masih perlu dipertingkatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast