Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) harus ingat bahawa tujuan utama kerajaan masuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah untuk menewaskan kerajaan Warisan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata fokus utama itu perlu diambil perhatian bagi memulihkan semula ekonomi Sabah.