Neymar dilayangkan kad merah dalam aksi Ligue 1, PSG tewas kepada Marsiella semalam.

PARIS – Neymar antara lima pemain yang dibuang padang dengan kad merah selepas waktu kecederaan apabila Paris Saint Germain kalah mengejut kepada Marseille dalam aksi Ligue 1 semalam.

Marseille membuka jaringan pada minit ke-55 separuh masa kedua.

PSG selaku tuan rumah bagaimanapun buntu dalam usaha mencari gol penyamaan menentang pasukan pelawat itu.

Gol tunggal Marseille hadir menerusi Florian Thauvin, sekali gus menyaksikan PSG telah tewas dua aksi pembukaan Ligue 1 selepas kali terakhir kalah pada musim 1984-85.

Neymar ketika meninggalkan padang mengadu dia mendengar komen-komen rasis.

Selain Neymar, turut menerima kad merah adalah pemain gantian PSG, Leandro Paredes, Layvin Kurzawa dan dua pemain Marseille Jordan Amavi dan Dario Benedetto.

Pengadil perlawanan telah merujuk rakaman Video Pembantu Pengadil (VAR) insiden Neymar menumbuk pemain pasukan lawan sebelum dilayangkan kad kepada mereka.

Pengurus Marseille, Andre Villas Boas berkata, rasisme tidak sepatutnya diberi ruang untuk berleluasa dalam Ligue 1.

Perlawanan itu disaksikan kira-kira 5,000 penonton di Stadium Parc des Princes.

Aksi malam tadi mencipta rekod dalam abad ke-21 ini apabila sebanyak 17 kad dilayangkan kepada pemain dalam satu perlawanan.-MalaysiaGazette