Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata,  sembilan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah  adalah tawaran baharu yang bakal memberi kesejahteraan secara keseluruhan kepada rakyat Sabah.

Antara yang disebutkan Bung Moktar menarik perhatian adalah mempercepatkan pembinaan lebih raya Pan Borneo.

“Manifesto ini merangkumi berbagai-bagai tawaran baru kepada rakyat negeri Sabah, manifesto ini termasuk kebajikan termasuk memperluaskan infrastruktur negeri sabah, memastikan bahawa setiap daerah sudah ada api letrik air bersih dan jalan-jalan kampung, itu diteruskan.

“Pan Borneo diteruskan tanpa ada halangan, bukan macam sekarang ditahan ditahan. Bantuan kebajikan kepada orang-orang tua, ibu-ibu tunggal, orang kurang upaya, yang tidak berkemampuan itupun kita ubah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ,Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan  Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah yang bertemakan Sayangi Sabah.

Terdapat sembilan teras dalam manifesto itu dan antaranya mengetengahkan dan membantu golongan belia, menaiktaraf  infrastruktur dan melakukan transformasi perkhidmatan awam di negeri itu.

Pembangunan kaum wanita juga termasuk dalam aku janji berkenaan, yang mengkhususkan penyertaan kaum berkenaan dalam pasaran pekerjaan melalui pelaksanaan pemadanan kerja dalam sektor yang bersesuaian.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast