Sebahagian peserta yang hadir menunjukkan solidariti terhadap mahasiswa yang dipanggil berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Mahasiswa Benci Rasuah di hadapan IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 2 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Sekretariat Rakyat Benci Rasuah menafikan sebarang penglibatan ahli politik dalam gerakan mereka dan menegaskan ia diuruskan sepenuhnya golongan mahasiswa.

Wakilnya, Muhammad Zaim Zulkfili Ariff berkata, segala dana dan keperluan perhimpunan ditanggung sendiri para ahli.

“Macam yang kami pernah kata sebelum ini, semua duit, air dan pelekat disediakan sendiri. Tiada siapa di belakang kami,golongan mahasiswa, ” katanya dalam sidang media selepas dipanggil untuk dirakam keterangan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Beliau adalah salah seorang daripada 10 orang mahasiswa yang telah hadir untuk memberi keterangan berkenaan penglibatan dalam satu perhimpunan pada 25 Januari lalu.

Muhammad Zaim Zulkifli memberitahu, pihaknya bersedia untuk turun ke jalanan sekiranya kerajaan gagal menunjukkan komitmen terhadap integriti dan usaha membanteras rasuah.

“Penganjuran perhimpunan bergantung kepada keadaan kerajaan, sekiranya ada komitmen integriti atau antirasuah yang berlaku.

“Kami tidak akan gentar atau takut untuk turun ke jalanan. Perjuangan ini adalah demi rakyat dan tidak berkaitan dengan mana-mana agenda politik,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast