Aubameyang (kanan) bersama Mikel Arteta.

LONDON – Kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menamatkan segala spekulasi apabila akhirnya menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners.

Lebih menarik, Aubameyang mengesahkan komitmennya itu di hadapan lebih 100,000 penonton di laman rasmi Instagram Arsenal yangmerupakan satu kejayaan buat kelab itu dan pengendali, Mikel Arteta.

Penyerang antarabangsa Gabon itu menandatangani kontrak baharu untuk tempoh tiga tahun dengan gaji boleh mencapai £350,000 seminggu berserta bonus.

Jumlah itu menyamai dengan Mesut Ozil yang merupakan pemain yang menerima gaji paling mahal di Arsenal pada ketika ini.

Aubameyang mengakui ia bukan satu keputusan yang mudah buat dirinya kekal bersama Arsenal ketika minat yang ditunjukkan oleh juara Ligue 1 dan La Liga, PSG danBarcelona. Katanya lagi, “Semua tahu betapa istimewanya kelab ini.”

“Saya mahu menjadi lagenda di Arsenal seperti Thierry (Henry), (Ian) Wright, (Tony) Adams dan (Dennis) Bergkamp serta terlalu ramai untuk disebutkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast