Naymar digantung dua perlawanan dalam Ligue 1 Perancis

PARIS – Superstar Paris Saint Germain, Neymar digantung daripada beraksi dalam dua perlawanan berkuatkuasa serta-merta.

Hukuman itu menyusul selepas bintang Brazil itu dibuang padang selepas menerima kad merah kerana memukul di kepala pemain Marseille Alvaro Gonzalez dalam aksi Jumaat lalu.

Namun Lembaga Bola Sepak Perancis juga akan menyiasat dakwaan Neymar kononnya Gonzalez mengeluarkan kata rasis ‘monyet’ terhadapnya di atas padang.

Neymar antara lima pemain dilayang kad merah dalam aksi Ligue 1 yang menyaksikan PSG kalah aksi pembukaan kedua berturut-turut.

Bagaimanapun Gonzalez menafikan dakwaan Neymar itu sambil menyifatkan pemain berkenaan bertindak emosi dan tidak mampu menerima kekalahan denga hati terbuka.

Seorang lagi pemain PSG yang dibuang padang adalah Layvin Kurzawa yang digantung enam perlawanan selepas ini.

Profesional Bola Sepak Liga Perancis (LFP) mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan Neymar ke atas Gonzalez.

Sementara itu, Marseille dalam kenyataan berkata, pemain mereka Gonzalez bukan seorang rasis dan sentiasa berdisiplin dalam pasukan.

Malah seorang lagi bintang PSG yang dipanggil untuk menghadiri Suruhanjaya Disiplin LFP adalah Angel di Maria pada 23 September ini untuk diambil keterangan berhubung insiden membabitkan Gonzalez.-MalaysiaGazette