PSG akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama pasukan musim Ligue 1 2020/21 dengan menang 1-0 ke atas Metz pada aksi Rabu.

PARIS – Kejayaan memungut tiga mata pertama Ligue 1 dalam aksi pada malam Rabu lalu menyebabkan Paris Saint Germain terslamat daripada dimalukan buat kali ketiga.

Gol Dexler pada saat akhir minit ke-90 sebelum perlawanan sepenuh masa tamat menyelamatkan juara bertahan Ligue 1 itu sekali gus membantu merekodkan kemenangan pertama liga selepas kalah dua perlawanan pembukaan musim 2020/21 kali ini.

Kemenangan itu ke atas Metz juga menyaksikan ia adalah gol pertama PSG untuk musim Ligue 1 kali ini selepas 273 minit tanpa jaringan.

Tandukan kencang Draxler ke dalam gawang gol lawan pada minit ke-93 dalam aksi di Stadium Parc des Princes berjaya mengesahkan kemenangan pertama untuk pasukan yang beraksi dengan 10 pemain selepas Abdou Diallo dibuang padang pada minit ke-65.

Skuad PSG turun tanpa pemain utama Neymar yang telah digantung dua perlawanan akibat memukul pemain lawan dari Marseille Alvaro Gonzalez pada aksi kedua Ligue 1 minggu lalu.

Beberapa pemain utama pasukan itu juga dilanda kecederaan mengakibatkan PSG tidak menurunkan pemain kesebelasan utama malam tadi.

Angel de Maria telah mencipta beberapa peluang gol kepada rakan sepasukannya dalam perlawanan semalam malangnya telah dinafikan oleh penjaga gol Metz Alexandre Oukidja.

Dengan kemenangan itu PSG menduduki tangga ke-15 carta Ligue 1 dengan 3 mata iaitu empat mata di belakang pendahulu liga Rennes.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast