Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) disahkan positif Covid-19 semalam (16 September 2020).

JKR dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan bahawa kakitangan ibu pejabat di Jalan Sultan Salahuddin itu kini menjalani rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan kronologi pergerakan pegawai berkenaan, beliau telah bertolak ke Kuching, Sarawak pada 14 September lalu bagi menghadiri Mesyuarat Berkaitan Utiliti dan Perintah Sekatan Berat di JKR negeri dan menginap di Hotel Hilton.

Pegawai berkenaan telah menjalani swab test di Lapangan Terbang Kuching pada hari yang sama.

Pada 16 September iaitu semalam beliau bertolak pulang ke Kuala lumpur dan dimaklumkan positif Covid-19 oleh Hospital Kuching.

“Kedua-dua penerbangan pergi dan balik adalah menaiki AirAsia,” kata kenyataan itu lagi.

Bagi menangani penularan wabak berkenaan JKR relah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dengan kadar segera.

kontak rapat dalam kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta akan menjalani proses kuarantin di rumah maisng-masing.

Kronologi pergerakan pegawai JKR setelah kakitangannya disahkan posiif Covid-19

Langkah proaktif juga telah diambil JKR dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran.

Selain itu hebahan infografik mengenai tatacara pencegahan jangkitan Covid-1 di tempat kerja juga telah dibuat oleh warga kerja menerusi laman sosial rasmi, portal dan emel rasmi JKR Malaysia.

JKR juga akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkausa untuk sebarang tindakan lanjutan.

JKR juga ingin menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini Covid-19 dan akan melaksanakan sebarang langkah-langka pencegahan yang diperlukan.

Tegas JKR lagi sebarang kesulitan yang dialami sewaktu pelaksanaan langkah-langkah ini adalah amat dikesali dan pemakluman situasi terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-MalaysiaGazette