Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) tiada halangan untuk memberi laluan kepada Parti Islam SeMalaysia (Pas) untuk bertanding di majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Setiausaha Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, secara dasarnya perkara itu telah mencapai kata sepakat namun ia masih perbincangan masih berjalan.

“Tiada masalah jika Pas nak bertanding majoriti kerusi di Kelantan.

“Beberapa prinsip tertentu telah persetujui. Rundingan terperinci sedang berjalan,” katanya dalam ciapan terbaru di Twitter, hari ini.

Ahad lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) setakat ini sudah banyak diselesaikan.

Menurut Abdul Hadi, jumlah kerusi yang akan Pas dapat belum dimuktamadkan lagi memandangkan tarikh pilihan raya juga belum diumumkan.

Namun, katanya Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah majoriti kerusi yang akan ditandingi oleh PAS. – MalaysiaGazette