PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Enam mayat terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki yang dipercayai pendatang tanpa izin warganegara Indonesia, ditemukan di pesisir Pantai Teluk C, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kesemua mangsa, yang dipercayai berusia antara 31 hingga 46 tahun itu, dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan laut dan ditemukan orang awam di pesisir pantai itu pada 9.40 pagi tadi.

“Kesemua mangsa dipercayai lemas apabila turun dari bot pancung disebabkan ombak besar.

“Pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia seterusnya berjaya menangkap enam lagi lelaki dewasa warganegara Indonesia, dipercayai daripada kumpulan yang sama iaitu lebih kurang satu kilometer dari tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai yang berada dalam bot berkenaan.

Beliau berkata kesemua mayat mangsa yang lemas itu, telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini,  untuk dibedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala enam yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast