Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta mengembalikan semula lebihan dana RM55 juta yang disalurkan kepada Youth Power Club (YPC) semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya, Zulhelmi Mansor berkata, ia bagi memastikan dana awam pembayar cukai itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan pemilihan sayap Bersatu, bulan lepas.