Pep Guardiola

MANCHESTER – Pep Guardiola berpendirian dia berhak untuk dilanjutkan kontrak kejurulatihannya di Stadium Etihad untuk beberapa tahun lagi.

Pengurus Manchester City itu berkata, penyambungan kontrak setahun bukan tindakan bijak jika itu yang dipertimbangkan oleh pengurusan tertinggi kelab itu.

Kontraknya bersama the Noisy Neighbours berakhir pada akhir musim 2020/21 dan hirarki City mahu ikon Sepanyol itu kekal di Manchester.

Guardiola, 49 memulakan musim kelima bersama Man City dengan aksi pembukaan menentang Wolves awal pagi ini.

“Saya lebih gemar untuk kekal di sini lebih lama. Kelab ini mencapai standard yang tinggi dalam sedekad ini dan saya bertanggungjawab untuk terus mengekalkannya dengan lebih banyak kejayaan dan kegemilangan pada masa akan datang.

“Maka saya berhak dan layak untuk dilanjutkan kontrak untuk tempoh yang panjang,” katanya.

Guardiola mengakui pengerusi kelab, Khaldoon Al MUbarak dan ketua eksekutifnya, Ferran Soriano membincangkan bersama beliau tentang kedudukan semasa.

Cuma musim lalu, pasukan berkenaan melalui sedikit kekecewan apabila menamatkan saingan liga di tangga kedua dengan perbezaan besar 18 mata belakang juara liga Liverpool.

Katanya, dia tidak ditekan oleh kelab untuk menang sebaliknya meminta supaya memastikan pasukan terus beraksi cemerlang.

“Tapi saya tahu standard yang ditetapkan kelab ini dan jika saya tidak mencapai standard itu, maka saya tidak layak untuk meminta melanjutkan kontrak saya,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast