Zlatan diuji positif Covid-19 dan sedang dikuarantin di rumahnya.

MILAN – Bintang AC Milan Zlatan Ibrahimovic positif Covid-19 menjelang aksi kelayakan Piala Liga Europa menentang kelab Belgium, Bodo atau Glimt.

Rentetan keputusan mengejut itu, bintang Sweden berusia 38 tahun berkenaan kini dikuarantin dan terepas aksi berkenaan di stadium San Siro awal pagi.

Kelab AC Milan dalam kenyataan rasminya mengesahkan Ibrahimovic diletakkan dalam pengawasan dan kuarantin rapi di kediamannya.

Manakala Zlatan dalam ciapan Twitter rasminya menjelaskan semalam keputusan saringan pertama dikesan negatif dan hari ini disahkan positif.

“Saya tidak bersimptom, nampaknya Covid-19 berani mencabar saya. itu idea tidak baik baginya (Covid-19),” katanya secara berseloroh.

Kenyataan kelab berkata, pemain lain dan kakitangan dalam pasukan turut dilibatkan dalam saringan dan mendapat keputusan negatif.

Ibrahimovic adalah pemain kedua disahkan Covid-19 selepas bintang pertahanan Brazil Leo Duarte dikesan positif dan ujian saringan pertama pada Selasa lalu.-MalaysiaGazette