Polis dan pasukan medik berada di luar pejabat Charlie Hebdo di Paris. foto Agensi

PARIS – Tujuh orang ditahan ekoran serangan di luar pejabat majalah satira, Charlie Hebdo, di sini.

Seorang lelaki bersenjata dengan alat pemotong daging mencederakan dua orang dalam serangan pada hari Jumaat.

Suspek utama, yang dikenal pasti berasal dari Pakistan berusia 18 tahun, ditangkap berhampiran tempat kejadian.

Polis mengatakan enam yang lain dalam tahanan dan disoal siasat.

Menteri Dalam Negeri, GĂ©rald Darmanin menyatakan kejadian itu jelas adalah tindakan pengganas.

Serangan itu berlaku ketika perbicaraan berprofil tinggi sedang dijalankan terhadap 14 orang yang dituduh membantu dua pemberontak melakukan serangan pada tahun 2015 ke atas Charlie Hebdo, yang menyaksikan 12 orang terbunuh.

Charlie Hebdo telah mengosongkan pejabatnya setelah serangan 2015 dan bangunan itu kini digunakan oleh sebuah syarikat produksi televisyen.

Dua mangsa yang diserang masih belum didedahkan identitinya tetapi mangsa merupakan seorang lelaki dan wanita yang bekerja di syarikat produksi.

Charlie Hebdo kini beroperasi di sebuah lokasi rahsia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast