Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh. foto HAZROL ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-16.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, setakat pukul 11.30 malam Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) menawan 14 kerusi dan PBS memperolehi enam kerusi.

Sekaligus GRS buat masa ini mencatat kemenangan di 37 DUN.

Manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 24 kerusi, PKR dan UPKO masing-masing memenangi satu kerusi.

Bebas pula menang dua kerusi.

“Setakat ini jumlah kerusi yang kita maklumkan adalah 65

“Keputusan seterusnya akan diumumkan dari masa ke semasa,” katanya ketika mengumumkan keputusan semasa di sini malam ini.

Keputusan lapan lagi DUN sehingga kini masih lagi dinantikan.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.