Foto Instagram Yana Samsudin.

KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam, pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari rupanya bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas lebih tiga tahun berusaha menambah zuriat.

Fadzil memaklumkan isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan anak kedua mereka itu dijangka dilahirkan pada awal November ini.

“Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.

“Terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua. Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan,” tulisnya di Instagram miliknya.

Fadzil berkongsi berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-36 semalam.

“Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang ucapkan selamat hari lahir kepada isteri tersayangku Yana Samsudin.

“Terima kasih kerana terima saya seadanya… sama-sama kongsi hidup lebih kurang dah lima tahun… campur tiga tahun sebelum kahwin, dah lapan tahun berkenalan,” ujarnya.

Sementara itu, kebanyak pengikut Fadzil tidak menyangka Yana sudah hamil dan bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi.

Ini kerana gambar yang sering dimuat naik Yana di laman sosial miliknya tidak menampakkan seperti ibu sedang mengandung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast