Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Semalam, kes Covid-19 merekodkan dua digit dan hari ini perkembangan terbaharu penularan jangkitan pandemik maut itu kembali melonjak kepada tiga angka iaitu 150 kes positif baharu.

Malah selepas seminggu kes kematian terakhir pada 19 September lalu, hari ini tambahan satu kes kematian dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali gus menjadikan kumulatif kes kematian setakat ini adalah 134 atau 1.23 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu sekaligus menyaksikan jumlah kes jangkitan Covid-19 di dalam negara setakat ini adalah sebanyak 10,919 kes.

Beliau turut memaklumkan jumlah kebolehjangkitan kes adalah 950 kes.

Ujarnya daripada 150 kes baharu itu, 146 daripadanya adalah kes di dalam negara manakala empat merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Daripada empat kes import yang dilaporkan katanya, tiga merupakan warga negara dan satu kes warga asing.

“Dua kes daripadanya adalah baru pulang dari Arab Saudi dan dilaporkan di Kuala Lumpur iaitu masing-masing warganegara dan warga asing sementara satu lagi kes yang baru balik dari India dilaporkan di Selangor merupakan warga tempatan.

“Sementara daripada 146 kes dalam negara, sebanyak 124 adalah warga tempatan kesemuanya direkodkan di Sabah manakala 22 lagi merupakan warga asing.

“Daripada 124 kes itu 58 kes adalah dari kluster Benteng LD iaitu 55 warga tempatan dan tiga warga asing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Manakala, 20 lagi kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 kes warganegara dan lapan kes warga asing.

“Kluster Bakau turut merekodkan 13 kes baharu iaitu empat kes warganegara dan sembilan kes bukan warganegara; 10 kes daripada Kluster Pulau melibatkan sembilan kes
rakyat tempatan dan satu kes bukan warganegara.

“Lapan kes direkodkan kluster baharu iaitu, Kluster Kampung Sakong yang kesemuanya melibatkan warganegara manakala lapan saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara iaitu tiga kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Buang Sayang yang kesemuanya melibatkan warganegar iaitu satu kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;satu kes Influenza-Like Illness (ILI) yang melibatkan bukan warganegara;

“Satu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,359 yang melibatkan warganegara; dan satu saringan sebelum pulang ke Sarawak melibatkan warganegara,” ujarnya.

Tambah beliau, di Selangor pula, 10 kes direkodkan KKM iaitu lapan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara manakala dua kes adalah saringan kontak rapat, iaitu kepada kes ke-10364 dan kes ke-10579 yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Di Pahang pula, empat kes direkodkan iaitu tiga kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara dan satu kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,679 melibatkan warganegara.

Justeru kata Noor Hisham, di Kuala Lumpur, tiga kes dicatatkan iaitu dua kes kluster baharu iaitu, Kluster Setapak yang melibatkan warganegara dan satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)  melibatkan rakyat tempatan juga.

Johor turut menyaksikan dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) membabitkan rakyat tempatan manakala Sarawak merekodkan dua kes saringan pekerja di Immigration Quarantine Security (IQS) Merapok, Lawas yang melibatkan warganegara dan akhirnya Melaka merekodkan satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sedih nye lihat segala usaha Tan Sri dan pasukan petugas selama ni di sia2 kan dgn sifat tamak n mainan politics sesetengah pihak. Tolong la Tan Sri jangan tunduk lagi pd mahluk2 yg hanya penting kan kedudukan, pangkat n wang.
    Wahai shafie apdal Anwar semburit Atok tua n anjing2 DAP..lihat la bahana yg kamu semua lakukan. Selain menghabiskan duit rakyat skrg kes kembali naik.
    Puas sudah hati kalian semua..?

Comments are closed.