Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan.

KUALA LUMPUR – Gabungan parti politik yang memenangi lebih daripada 50 peratus pilihan raya kerusi boleh membentuk kerajaan negeri Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ia telah diinterprestasi dalam Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan semasa kes Datuk Seri Musa Aman dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

“Bukannya parti yang mempunyai kerusi yang paling terbanyak dalam kalangan semua yang bertanding (boleh membentuk kerajaan negeri),” ujar Ketua Bahagian UMNO Tuaran itu dalam Facebooknya hari ini.

Beliau dipercayai merujuk berita tular mendakwa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal boleh menjadi Ketua Menteri Sabah kerana parti diketuainya, Warisan memenangi paling banyak kerusi berbanding parti-parti lain walaupun kalah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. …hal ni berpunca dari astro awani yg siarkan penganalisis bebas minah mat salleh tempoh hari!.
    Beria-ria minah mat salih tu beri komen mengatakan apdal boleh jadi ketua menteri sebab kerusi warisan paling banyak.

  2. Lain kali spr tetapkan semua parti x boleh bergabung dgn mana mana parti untuk jd kerajaan. Ni sbb masa 2018 bergabung boleh atas sbb menang tp bila kalah x boleh terima bergabung pulak kerana parti dia lebih byk. Aduiii pening politik malaysia ni .

Comments are closed.