Penambahan lebih 3,500 anggota kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Bantuan Khas memberi kelegaan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah ditamatkan mengikut jadual hari ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, penamatan itu dibuat selepas tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 direkodkan dalam tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September lalu.

“Sebanyak 4,931 sampel telah diambil di Zon Melor dan bilangan kes  positif Covid-19 kekal 13 kes seperti yang direkodkan pada 13 September lalu,” katanya.

Kerajaan telah melaksanakan PKPD secara pentadbiran di tiga zon iaitu Zon Melor, Mawar dan Melur di Amanjaya bermula dari 28 Ogos sehingga 13 September lalu.

Bagaimanapun, PKPD di zon Melor terpaksa dilanjutkan selama 14 hari lagi kerana masih terdapat 12 kes baharu positif Covid-19 pada saringan kedua.

PKPD Secara Pentadbiran di zon Melor melibatkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

PKPD Zon Melor dilanjutkan hingga 27 September – Ismail Sabri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast