Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor meninggalkan Magellan Sutera Harbour di saat-saat perbincangan di antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum berakhir.

Ketika diasak pemberita, Hajiji sebaliknya berkata perbincangan sudah berakhir dan beliau akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

“Sudah habis bincang nanti saya beri kenyataan,” katanya kepada pemberita.

Hajiji selain itu tidak menjawab soalan adakah beliau merupakan calon Ketua Menteri Sabah yang dipilih secara sepakat hari ini.