Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR- “Jangan ditanya bila pilihan raya tetapi kalau Perikatan Nasional (PN) memenangi pilihan raya, dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) akan diteruskan,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, meskipun WKB 2030 direka dan dilancarkan semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan namun beliau tetap meneruskan dasar tersebut kerana ia adalah satu polisi yang bagus untuk rakyat dan negara.

Justeru beliau meminta rakyat untuk terus menyokong PN bagi memastikan dasar-dasar yang memberi kebaikan serta menyelesaikan banyak masalah rakyat dapat diteruskan.

“Persoalannya di sini adalah pimpinan lain pada masa hadapan komited atau tidak (untuk menjayakan WKB 2030).

“Ini bukan sebuah dasar yang boleh menyelesaikan semua masalah tetapi ianya mampu mengatasi kebanyakan masalah (yang dihadapi rakyat).

“Jadi, ianya bukan satu dasar yang kecil namun begitu cabarannya perlu ditanggung oleh kita.

“Kalau PN, kami sanggup memikul tanggung jawab besar ini. Komitmen kami total bukan separuh masak,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri menjawab soalan penonton pada Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama Kuala Lumpur 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini yang bertanya apakah jaminan WKB 2030 akan diteruskan sekiranya berlaku cabaran politik atau pertukaran pimpinan negara sedangkan ia sebuah dasar yang bagus.

WKB 2030 adalah sebuah pelan hala tuju kerajaan dalam menyediakan taraf hidup selesa kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, latar belakang dan kawasan.

Ianya adalah sebuah pelan bertempoh 10 tahun.-MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Saya ni tidak minat politik tetapi sering memerhati. Satu kejatuhan Pakatan Harapan kerana kerterlaluan terhadap rejim Najib terutamanya oleh DAP. Setiap hari mengutuk dan membuka pekung UMNO ini menyebabkan rakyat jadi jemu dan seterusnya kasihan kepada Datuk Seri Najib. Lihat PRK selepas PRU. Belajarlah sejarah. Kalau nak jatuhkan jatuhkan terus sampai tak berupaya…. Begitu juga dengan PRN Sabah…. Katak yang tak bersalah jadi mangsa….Katak yang sebenarnya telah menang. Iktibarnya gunakanlah pendekatan lain dalam…. Kemuncaknya program KATAK yang dianjurkan mantan pemimpin PBS telah memakan diri WARISAN….. Gunakan pendekatan strategi kalau nak berkempen. Rakyat sekarang bukan zaman sebelum merdeka…. Ambil iktibar dan pengajaran sejarah…..

  2. Jika kebaikan pada semua rakyat wkb 2030. Perlu diteruskan Tan Sri. Sememangnya sikap rakyat ada yang tidak menyokong wkb itu. Sebab tidak nampak lagi hasilnya. Tapi yang tidak menyokong itu bantuan BPN mereka kebas juga. Itu yang menjadi kehairanan sikap rakyat Malaysia macam tidak ada pendirian bahh.

  3. Tak pelik pun, smasa BN dulu pun siang mlm duk kutuk Najib tapi brim ttp disambar jgak malahan yg kuat gelisah apabila brim lmbt pun puak2 ni jgak dan apabila brim kuar, merekalah org yg pertama pegi kuarkn duit…Hahaha

  4. Setiap manusia ada kelemahannya dan juga kelebihan setiap perkara. Kita hanya merancang dan tuhan jua menentukannya. Siapa jua pilihan rakyat tetap hak kuasa terletak pilihan rakyat menentukan siapa pemimpin terbaik mereka pilih. Bersabarlah Abah kerana yg benar tetap menang dengan redha Allah.
    #deep

Comments are closed.