Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 SEPTEMBER 2020

PETALING JAYA – Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mendapat sokongan lebih 120 wakil rakyat untuk membentuk kerajaan, tetapi Presiden PKR itu tidak mendedahkan senarai nama itu kepada rakan seangkatan.

DAP dan Amanah juga dilaporkan tidak meminta untuk melihat nama-nama yang menyokong Anwar, tetapi senarai itu dikatakan tidak mengandungi wakil rakyat daripada Pas.

Sinchew Daily melaporkan, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Isnin, DAP dan Amanah telah melontarkan pandangan, malahan menyatakan syarat pembentukan kerajaan baharu, iaitu tidak menerima pemimpin UMNO yang dibelenggu kes rasuah seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami ada berbincang syarat sokongan kepada Anwar dan beliau juga bersetuju dengannya.

“Kami tidak akan bertoleransi dalam soal mempertahankan keadilan dan menentang rasuah,” kata sumber tersebut.

Menurutnya lagi, DAP dan Amanah menyatakan bahawa mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti, tetapi akan berbuat demikian dengan individu.

“Ini adalah seperti mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) atas kapasiti individu, bukannya parti yang menyertai PN,” kata sumber.

Sementara itu, sumber juga berkata, wakil rakyat yang ingin bertukar haluan untuk memberi sokongan kepada Anwar juga tidak meletakkan apa-apa syarat.

“Mereka tidak dijanji jawatan dalam kerajaan atau menteri,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Gila meroyan nampak…rakyat mula sedar betapa rakusnya dsai bermimpi disiang hari..bantu rakyat kat portdickson lagi bagus

  2. Si gila kuasa dah meroyan teruk…. Angan2 mat jenin je la kau anwar berahim… Si penjilat saifudin tu x sedar2 lg ke anwar kuat menipu rakyat

  3. “DAP dan Amanah juga dilaporkan tidak meminta untuk melihat nama-nama yang menyokong Anwar, tetapi senarai itu dikatakan tidak mengandungi wakil rakyat daripada Pas.”

    statement nih nampak pelik? senarai nama tak dak sapa yang lihat tapi bagaimana mereka tahu senarai wakil rakyat pas tak dak… lawak..

  4. Klu tanya Orang Gila pun mesti dia Geleng Kepala sambil tunjuk jari telunjuk berpusing di tepi kepala. Lebih Anwar pergi tangkap Buaya Air Masin yang Viral sekarang ni. Huhuhu

Comments are closed.