Trump dan isterinya Melania Trump sebelum meneruskan penerbangan menghadiri kempen di Cleveland pada Selasa dengan Air Force One sebelum disahkan positif Covid-19 pada Khamis.Foto Kredit: AP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dan Wanita Pertama Amerika Syarikat Melania Trump disahkan positif Covid-19 pada petang Khamis.

Trump dalam laman twitter peribadinya memuat naik ciapan mengesahkan beliau positif virus itu.

Ciapan Trump berbunyi:” Tonight,@Flotus and I tested positive COVID-19″.

Tambah beliau dalam ciapan sama, dia isterinya akan kuarantin kendiri di kediaman masing-masing serta merta sehingga pulih sepenuhnya.

“Kami akan kuarantin kendiri untuk proses pemulihan serta merta dan akan melalui saat ini bersama-sama,” kata dalam ciapan itu.

Berita itu menyusul selepas salah seorang pengawal peribadi tertingginya dikesan positif virus itu semasa meneruskan penerbangan dengan Trump dalam Air Force One beberapa kali minggu lalu.

Hope Hicks mengadu tidak sihat selepas menamatkan penerbangan kempen bersama Trump di Minnesota pada petang Rabu dalam pesawat rasmi itu.

Trump kemudian meneruskan jadual kempen pada Khamis di New Jersey sebelum kembali ke Washington DC dan mengesahkan Hicks positif virus.

Trump, 74, meletakkan dirinya dalam risiko tinggi komplikasi virus itu dan doktor di White House dalam kenyataan rasmi menyatakan presiden dan isterinya sihat ketika ini tanpa mendedahkan sama ada kedua-dua mereka mempunyai simptom Covid-19.

Trump juga menegaskan sementara menunggu keputusan ujian saringan kedua Covid-19 dia dan isterinya memulakan segera kuarantin diri mengelak risiko kepada kakitangan dan pegawai di sekeliling khususnya di White House.-MalaysiaGazette