Foto Arkib: Datuk Seri Anwar Ibrahim ceria sebaik sahaja dibawa keluar dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras, sebelum dibawa ke Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sudah menyerahkan nama wakil rakyat yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Anwar sudah menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah  dan memaklumkan perincian berkenaan sokongan yang diterima beliau.

“Saya rasa, Anwar telah menyebut benda ini dalam sidang media yang diadakan pada 23 September,” katanya kepada Sinchew Daily.

Artikel berkaitan: TERKINI : Hormat Pandangan Anwar Cukup Majoriti, Saya Masih PM РMuhyiddin Yassin

Mengenai sebaran sekeping gambar menunjukkan Anwar sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Fahmi berkata, ia merupakan gambar lama.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, Al-Sultan Abdullah masih berehat di Institut Jantung Negara.

Dalam pada itu, sumber PKR yang lain memberitahu, penyokong Anwar adalah termasuk pemimpin-pemimpin atasan yang “tidak dijangkakan” sebelum ini.

Senarai penyokong itu bagaimanapun tidak termasuk wakil rakyat Pas; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Ishtihar saja lah di parlimen 2 November nanti. Tak sabar sangat. Agung dah nasihat jangan main politik main juga. Apa guna tindakan ini untuk menafaat rakyat? Kembali ke zaman ph semula?

  2. org sewel mmg mcm tu perangai dia….yg menyokong 2×5 sewel…atau sewel nak lepas kan tengkok …dari disumbat penjara sg.buloh

Comments are closed.