Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. foto SYAFIQ AMBAK, 29 SEPTEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – Negara bergantung kepada petugas barisan hadapan walaupun kebanyakan daripada mereka tidak lena tidur dan menghadapi kepenatan yang kronik berikutan peningkatan kes baharu jangkitan Covid-19 sejak kebelakangan ini.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kepada semua petugas barisan hadapan, mereka berhadapan dengan peperangan besar.
“Hapuskan (Covid 19), berusaha, beri perhatian dan mari landaikan keluk (jangkitan Covid-19) sekali lagi,” katanya dalam akaun twitter sebagai memberi perangsang kepada petugas barisan hadapan.
Semalam, Malaysia kes jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan rekod tertinggi dengan 317 kes berbanding 287 kes kelmarin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast