Pendakwah terkenal, Ebit Lew. foto SYAFIQ AMBAK, 19 JULAI 2020

KUALA LUMPUR – Ustaz Ebit Lew memohon maaf selepas bertindak membawa balik penuntut-penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tanpa kebenaran universiti berkenaan.

Dalam kenyataannya, Ustaz Ebit berkata, beliau cuma membantu pelajar menyediakan bas awam secara percuma untuk membawa mereka balik ke kampung.

”Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice canselor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga.

”Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat,” kata beliau.

Disebabkan isu itu, beliau terpaksa menangguhkan 20 bas lagi untuk membawa membawa penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi awam balik ke destinasi masing-masing.

Ustaz Ebit menjelaskan, beliau berbuat demikian selepas mendengar keluhan oleh penuntut-penuntut IPTA. – MalaysiaGazette

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN

2 Komen

  1. Tak payah jadi hero kampong lah.ISLAM ada cara2 syariat Rasulullah saw, membantu.bukan kejar glamour menunjuk2 lebih.Jgn Over saudaraku makandiri.IKHLASkan dirimu.SABAR

  2. Patutnya bhg. Pentadbiran UPSI YG minta maaf kpd keluarge penuntut2 kerana gagal dan x prihatin kpd mereka pabila diistihar penutupan kempus secara mengejut. Justeru mrke terkandas, jika ebit liew tak bantu dgn ikhlas mereka akan akan diabaikan. Lepas ebit liew bantu bru lah pihak pentadbir terade dan minta ebit liew buat maaf secara teebuke. Bila nitizen kutuk perbuatan itu, srh 1 ttsz bgi alasan nak kumpul datu. Langsong x jujur dan ikhlas, olh pihak tadbir. Patut uchap syukur abis cerita jgn tuding kat org lain.

Comments are closed.