KUALA LUMPUR – Seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha sebuah kementerian direman selama tujuh hari kerana disyaki menerima rasuah dengan melakukan penyelewengan pemberian tender kementerian berjumlah RM118 juta.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan kedua-dua tangan bergari dan berbaju kemeja T jingga lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diiringi beberapa pegawai penguatkuasa SPRM untuk proses permohonan reman untuk siasatan lanjut.

Majistret Syah Wira Abd. Halim membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Oktober ini.

Rasuah tender Baja membabitkan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha sebauh kementerian direman tujuh hari kerana menerima suapan RM89,000 untuk tender bernilai RM118 juta di bawah ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

Menurut sumber, suspek disyaki terlibat dalam penyelewengan proses pemberian tender projek pembekalan baja dan menerima suapan kira-kira RM85,000 daripada syarikat pembekal berkaitan.

Suspek lelaki berusia 42 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.-MalaysiaGazette