Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kesan besar terhadap sosial dan ekonomi boleh berlaku sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula di seluruh negara.

Dengan itu, kerajaan menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di zon-zon merah sahaja.

Ini bagi membolehkan kawasan yang tidak terjejas teruk masih boleh menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial asalkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, sekiranya timbul keperluan untuk melaksanakan sebarang sekatan, kerajaan katanya, berjanji akan memberikan masa yang secukupnya kepada rakyat untuk membuat persediaan.

Tambahnya, setiap keputusan akan dibuat melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersandarkan kepada data-data yang telah dikumpul melalui sumber-sumber berautoriti.

“Saya tahu ramai yang memberikan cadangan tentang pengurusan Covid-19 ini kerana mereka semua prihatin.

“Saya menghargai semua pandangan tersebut dan jika sesuai akan dikemukakan dalam mesyuarat Sidang Khas MKN untuk dibincangkan dan dibuat keputusan.

“Pada ketika ini, yang penting adalah tidak menunding jari, saya tahu ada pihak-pihak yang menangguk di air keruh.

“Jangan pedulikan mereka,” katanya semasa perutusan khas mengenai Covid-19 hari ini.

Sambil meminta orang ramai supaya tidak cepat panik dan membuat kesimpulan sendiri, Muhyiddin berkata, pemulihan ekonomi berada dalam keadaan baik.

Setiap keputusan yang dibuat kerajaan katanya, akan mengambil kira mengenai nasib 15 juta rakyat yang bekerja. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Sabah kini merupakan epicenter dalam penyebaran gelombang ketiga COVID-19 keseluruh negara, penularan dijangkakan akan menjadi lebih rumit dan menyeluroh?

    Pakatan Hancing yang telah membubarkan DUN Sabah perlu mengambil tanggungjawab penuh kerana ianya benar2 telah menyusahkan rakyat yang sudah tersedia hidup didalam kesusahan!

  2. Tanpa Nama, kalau Musa Aman tak suap katak-katak untuk melompat, semua ni tak terjadi. Punca covid-19 ni merebak sebab menteri sekarang ingat mereka kebal.

  3. Habislah COVID-19 dijangka akan akan merebak dalam skala besar2an dan usaha2 mengawalnya akan menjadi lebih susah dan rumit! Ini semua salah ahli2 politik pembangkang aka Pakatan Hancing Sabah.

    Dahulu dikala semua negara menghalang kemasukan pelancung China, Pakatan Hancing pula membuka seluas2nya pintu negara kepada pembawa2 virus pembunuh ini.

    Terimakasih Allah, Najib. Untuk rekod, hanya pada tahun 2017, era pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan DS Najib, Malaysia berjaya menarik pelaburan asing bernilai lebih dari RM430 bilion!!! Tak salah untuk berterimakasih, kalau tak tak tau la nak makan apa la ni?

Comments are closed.