Perutusan khas PM Muhyiddin tepat Jam 6 petang Selasa 6 Oktober 2020

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 pukul 6 petang ini.

Perutusan khas Perdana Menteri itu akan dibuat secara langsung dalam media sosial Facebook.

Perutusan khas pemimpin nombor satu itu juga akan turut disiarkan dalam stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 da Astro Awani di saluran 501.

Ahli Parlimen Pagoh itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula semalam selepas Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Bakri dikesan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di Hospital Seremban.

Beliau akan menyampaikan perutusan khas itu secara langsung dari facebook dari kediaman beliau yang merupakan lokasi terkini Presiden Bersatu itu sedang mengkuarantin diri atas nasihat Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Perdana Menteri jalani kuarantin dua minggu