Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-  Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail yang memaklumkan guru tersebut didapati positif selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

“Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.

“Dalam tempoh menunggu keputusan, beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah,” katanya dipetik dari laporan Astro Awani hari ini.

Difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian saringan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast