PM Tidak Langgar Arahan KKM | EDISI MG 2ptg – 7 Oktober 2020

Dakwaan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar arahan Kementerian Kesihatan kerana tidak memakai gelang pengawasan adalah tidak benar.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.